Watersport
Pulau Pangkor menyediakan pelbagai pilihan
aktiviti watersport.
Bagi yang berani
cubalah menunggang banana boat
Yang lasak pula
bolehlah berkayak
Selain itu, anda boleh juga mencuba jetski.
Paling tidak cubalah snorkeling. Pengalaman
snorkeling ini sukar dilupakan. Rugi jika tidak
melakukannya.
Pukat tarik
Boat Trip
Bersiar-siar dengan bot laju, melihat
pantai-pantai dan pulau-pulau kecil di
sekitar Teluk Nipah atau lebih jauh lagi.
Jika bernasib baik,
mungkin anda dapat menyaksikan bagaimana nelayan
pukat bilik menangkap ikan.
Rock Formation
Sekali pandang kelihatan seperti seekor buaya.
Sebab itu ia digelar batu buaya!
Yang ini pula batu
kaki.
Dan yang ini gajah
mandi.
Nampak tak? Ia kelihatan seperti seekor ikan
paus!
Di bawah pula batu
penyu.
Trip Memancing
Kaki pancing tentu
tidak sabar melabuh kail di Pulau Sembilan. Di
sini ada ramai tekong yang handal dan anda pasti
tidak hampa.
Sejarah
Jangan lupa, sejarah penting pernah berlaku di
Pulau Pangkor, iaitu Perjanjian Pangkor. Tidak
lama lagi senario bersejarah ini akan menjadi
paparan pengunjung apabila Muzeum Pangkor
dibuka.
Kota Belanda
(gambar atas) dan Batu Bersurat (gambar bawah)
adalah tinggalan sejarah yang terdapat di Pulau
Pangkor.
Burung enggang menjadi tarikan di Pulau Pangkor.
Cenderahati
Abadikan kenangan
percutian anda dengan pelbagai cenderahati yang
dijual di kawasan anda menginap.
|